Wednesday, December 24, 2008

Interview???

Soalan-soalan ini selalu saya panggil soalan bocor.
1. Ceritakan tentang diri anda? - Sediakan jawapan untuk dua (2) minit, yang memperkenalkan diri anda, hobi, minat, penyertaan dalam persatuan & komuniti, sedikit pengalaman bekerja anda yang terakhir.

2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? - Mereka ingin tahu motivasi anda untuk menyertai mereka. Cari sedikit maklumat tentang syarikat tersebut, budaya kerja dan pasaran. Terangkan bagaimana anda mampu menyumbang ke arah objektif syarikat.

3. Mengapa anda mencari kerja baru? - Sentiasa tumpukan ke arah yang positif. Walaupun anda dibuang kerja, bergaduh dengan bos lama. Tolong pastikan bagaimana anda boleh memanipulasi alasan itu dari segi yang positif. Sampel jawapan yang boleh digunakan ialah, mahu meneruskan karier ke arah yang baru (terangkan). Penstrukturan semula syarikat berlaku dan anda mengambil keputusan mencari peluang kerja di tempat lain.

4. Jawatan apa yang anda cari? - Fokus. Jangan jawab secara umum. Jawab dengan tepat kepada jawatan itu dan bagaimana kelebihan dan pengalaman anda membantu dalam menjalankan tugas tersebut.

5. Apakah kelebihan dan kekurangan kamu? - Saya tidak menggalakkan anda menceritakan kekurangan anda, tetapi cuba fikirkan kekurangan yang positif. Contohnya seorang yang kurang sabar, mungkin katakan anda suka memulakan sesuatu idea itu serta-merta.

6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini? - Kaji tentang syarikat itu. Jangan mengulang-ulang atau menggunakan fakta yang terlalu menunjukkan anda menghafal.

7. Apakah kejayaan anda yang terbaik? - Ceritakan tentang beberapa kejayaan anda yang memberangsangkan. Tunjukkan kualiti dalam diri anda yang digunakan dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi tekanan.

8. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang? - Syarikat mahu melihat anda sebagai orang yang berwawasan. Akan tetapi pastikan ianya munasabah untuk dicapai. Berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka akan bertanya bagaimana untuk anda mencapainya.

9. Apakah tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan anda dahulu? - Jujurlah. Kerana soalan sampingan daripada mereka akan memerangkap anda nanti jika anda menipu.

10. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda? - Tunjukkan yang anda sangat teruja dan positif. Terangkan yang anda mudah bergaul dengan semua orang.Anda tidak semestinya akan disoal dengan semua soalan di atas. Setiap soalan yang dijawab akan menghasilkan soalan-soalan yang baru. Maka pastikan semua jawapan anda telah dilatih.

*bantuan pada sesiapa yg tgh get ready nak gi interview keje...

Tuesday, December 23, 2008

chenta monyet

Assalammualaikum....



NAper erk kalau bercinte time skola2 dulu dipanggil cinta monyet? bukan bergayut kat pokok pon time ngedet...ntah la...

saya pun lupe bile sbenarnya cinta monyet saya...form 2 kot...yg kelaka nyer chenta monyet gue tu dekat jer...!! selang brape umah dari umah saya...hahahhaha... ngedet pun jalan berdua gi kedai sampai berbual...akekkekeke...kdg2 tgk dier men bola kat padang taman umah tu... bile dah beso sket baru la gi jenjalan kat summit nek bas jer, smpai bus stand jln omar, berpanas tu jln kaki sampai summit...dulu tak pandai pun gi tgk wayang...hahahahaha...mcm chenta monyetku, tak penah tgk wayang sesama beb!! men bowling penah la tapi reramai... bile pindah bus stand baru, ada la mkn cendol ngan abc kat pak 'o'..huhuhu...

skrg ni, tak tahu la mana dier berada....nak kata dah kawen, takkan saya tak tahu lak... (kami masih berjiran ok...umah dekat..)... kadang-kadang balik raya tu ader gak saya intai2... tapi tak penah nampak...

naper saya tulis entry ni? sebab baru2 ni saya terjumpa seorang mamat yang iras2 muka dier, memule terpandang terus jantung berdegup laju...tapi confirm bukan, budak tu muda lagi dan org kelantan plak...(takkan tetibe umah aku kat kelantan laks...)...hehhehehe....

bile terkenang2 ni rase nak senyum sensorang, cuba korang bayangkan... betapa "chomot" nyer kita sume dulu masa berchenta monyet...kekekkekekekekeke.... aper2 pun sume kenangan tu la yang mendewasakan kita... tul tak...???
haaa...tu naper ader yg senyum sensorang..?...,))

Monday, December 22, 2008

old school....TIGS

Assalammualaikum....


Saya rindukan zaman skola la...gase besh tul mase skola....bergelak gembira jer...Masa skola saya ader gang..mcm gang bas sekolah...tapi ni lagi thrill tau...named "Hazel"...bertahan sampai sekarang tau...!!..(dh 10 thn..)

Ader 1 insiden yg masih segar dlm ingatan, masa tu kitorang gado ngn Angahazel..(can't remember gado psl per...)...pastu kat kantin ader la men tolak-tolak kat kerusi tu...( rindu kat kantin...ader bangku panjang...kalau kat ujung near to guard tu port utk senior...junior blh blah...kekekekeke...) mase dulu, pas makan lepak kat public phone dpn dewan...saya ngan Achikhazel mase tu jalan depan ko-op n pandang Angahazel kat depan public tu...tetiba si Angahazel ni leh pengsan kat dpn public tu...kitorang yg memandang ni terus berlari dan dapatkan Angahazel...mase tu dah tak ingat psl gado ni, aper2hal gi rescue dulu...hehehhehehe... dulu Angahazel & Achikhazel ni ader penyakit suke pengsan merata tempat..keekekeke...penah Angahazel pengsan berguling2 kat tangga tempat tution...yg Achikhazel lak, slalu pengsan kat hostel....kuat sgt ikatan Hazel ni, tak sure kak ngah ingat ke tak insiden ni....huhuhu...

pastu dulu kitorang beraya naik turun bas tu...port kumpul kat bus stand lama..dan saya la yg selalu lambat...kekekekekkeke.... mmg mcm cik kiah ler...dgn baju kurungnya...wakakakka...

skarang Udahazel, Aihazel, Lelahazel dah kawen...ude n lelot ada anak dah... Ai tu tak lama lagi ader la...:)).. Eahazel plak dah tunang....yang bachelor: Angahazel, Achikhazel n Ucuhazel.. heeehhee..

byk lagi nak cite...tapi cube carik gambo lelame n nak upload....heeeee....

Friday, December 19, 2008

comimg 2009

Assalammualaikum....

mak aiii....lamanyer tak update blog sendiri..... saya sebenarnya tgh tggu fotostat modul utk kursus sok, so 'lepaking' kat cc ni jap hehehhehe...
Lagi baper ari jer nak masuk 2009...cepatnyer masa berlalu...saya rasa mcm banyak masa yang saya bazirkan dan kadang2 rasa mcm tak cukup plak masa ni...cheh...
banyak mission saya yang lum tercapai... balik ni saya akan bukak diary dan list down apa mission yang nak wat, yang dah dapat dan tak dapat2 lagi...nnt saya share la kat sini... ari ni agak kepenatan, takde idea...
till then...tata...

Wednesday, December 3, 2008

Sakit


ucuhazel, udahazel, achikhazel, aihazel & angahazel
Assalammualaikum.....


Saya paling tak suka terima berita ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang sakit... Tapi, apakan daya, kita semua manusia biasa...baru-baru ni saya dikejutkan dengan berita oleh udahazel yang mak dier berada di ICU hospital sultanah aminah, JB kerana pendarahan dalam otak...

pegh, masa saya baca msg dari dier saya terus terbangun dari kerusi...yelah beb, sesiapa pun boleh bayangkan kalau dah melibatkan otak tu...aduyaaiiii..... apa puncanya, saya pun kurang pasti cuma ' high blood pressure' yang menyebabkan saluran darah tu bengkak dan pecah...

Saya terbayang situasi ni di tempat saya, saya hanya ader seorang adik dan mestilah saya tak kuat nak hadapinya dan teramatlah memerlukan kawan-kawan untuk bantu saya kuatkan semangat....

Malam tadi saya singgah umah ude, utk berbual dan bantu aper2 je yg boleh..yelah kadang-kadang 'sharing' dapat mengurangkan tekanan... ude nampak pucat, lesu, letih , sedih dan nampak die agak tertekan... nasib ader airyll. at least dapat alihkan pemikiran tu... ( airyll dah strong tau, jeritan dah boleh pitching, senyum jer, dah pegang botol susu sendiri dan dah bz dgn walker...)

Lama jugak berbual...dan esok ( jumaat, 5hb Disember 2008 ) hari yang getir utk dilalui sbb mak ude akan operate kali kedua jam 9 pagi dan berlangsung selama 6 jam... yang saya takutkan ialah keputusannya cuma dua, 1) Berjaya 2) Gagal....

YA ALLAH, saya dan HAzel yang lain mendoakan semuanya selamat dan ini sekadar ujian dariNya....

Saya harap ude tabah laluinya...aper2 pun berlaku saya tetap di belakang, membantu apa yang termampu...mak dier seperti mak saya juga...kami dah berkawan lama..takde aper yang bernilai selain persahabatan tu sendiri....

Sama-sama kita doakan...Amin....