Wednesday, December 24, 2008

Interview???

Soalan-soalan ini selalu saya panggil soalan bocor.
1. Ceritakan tentang diri anda? - Sediakan jawapan untuk dua (2) minit, yang memperkenalkan diri anda, hobi, minat, penyertaan dalam persatuan & komuniti, sedikit pengalaman bekerja anda yang terakhir.

2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini? - Mereka ingin tahu motivasi anda untuk menyertai mereka. Cari sedikit maklumat tentang syarikat tersebut, budaya kerja dan pasaran. Terangkan bagaimana anda mampu menyumbang ke arah objektif syarikat.

3. Mengapa anda mencari kerja baru? - Sentiasa tumpukan ke arah yang positif. Walaupun anda dibuang kerja, bergaduh dengan bos lama. Tolong pastikan bagaimana anda boleh memanipulasi alasan itu dari segi yang positif. Sampel jawapan yang boleh digunakan ialah, mahu meneruskan karier ke arah yang baru (terangkan). Penstrukturan semula syarikat berlaku dan anda mengambil keputusan mencari peluang kerja di tempat lain.

4. Jawatan apa yang anda cari? - Fokus. Jangan jawab secara umum. Jawab dengan tepat kepada jawatan itu dan bagaimana kelebihan dan pengalaman anda membantu dalam menjalankan tugas tersebut.

5. Apakah kelebihan dan kekurangan kamu? - Saya tidak menggalakkan anda menceritakan kekurangan anda, tetapi cuba fikirkan kekurangan yang positif. Contohnya seorang yang kurang sabar, mungkin katakan anda suka memulakan sesuatu idea itu serta-merta.

6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini? - Kaji tentang syarikat itu. Jangan mengulang-ulang atau menggunakan fakta yang terlalu menunjukkan anda menghafal.

7. Apakah kejayaan anda yang terbaik? - Ceritakan tentang beberapa kejayaan anda yang memberangsangkan. Tunjukkan kualiti dalam diri anda yang digunakan dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi tekanan.

8. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang? - Syarikat mahu melihat anda sebagai orang yang berwawasan. Akan tetapi pastikan ianya munasabah untuk dicapai. Berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka akan bertanya bagaimana untuk anda mencapainya.

9. Apakah tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan anda dahulu? - Jujurlah. Kerana soalan sampingan daripada mereka akan memerangkap anda nanti jika anda menipu.

10. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda? - Tunjukkan yang anda sangat teruja dan positif. Terangkan yang anda mudah bergaul dengan semua orang.Anda tidak semestinya akan disoal dengan semua soalan di atas. Setiap soalan yang dijawab akan menghasilkan soalan-soalan yang baru. Maka pastikan semua jawapan anda telah dilatih.

*bantuan pada sesiapa yg tgh get ready nak gi interview keje...

No comments: